24 Januari 2010

Mahkamah Syariah: keadilan berteraskan hukum Syarak atau Hukum Akal/Kesempatan

salam...

Saya ingin luahkan rasa tidak puashati dengan apa yang berlaku hari ini. Hari ini saya dimaklumkan oleh staff mahkamah syariah , keputusan satu kes dibawah kendalian saya telah dikeluarkan baru-baru ini tanpa kehadiran saya walaupun saya telah mengemukakan sijil cuti. Saya begitu pelik dengan keputusan mahkamah syariah seolah-olah tidak boleh menerima bahawa saya telah disahkan tidak sihat oleh doktor. Sebenarnya saya telah dijangkiti 'sakit mata' selama dua minggu.

Apa yang menyedihkan sikap tidak bertimbangrasa yang ditunjukkan oleh rakan bijaksana saya telah memberikan TKO kepada saya tanpa sempat  saya membuat apa-apa penjelasan. Segala notis yang dihantar seolah-olah tidak berguna dan seolah-olah saya telah berbohong kepada semua pihak. Persoalannya kenapa Mahkamah tidak boleh menetapkan satu tarikh yang yang dekat supaya saya dapat hadir untuk mendengar keputusan  kes.

Saya juga telah tersalah bercakap kasar dengan staff mahkamah Syariah bahawa ada baiknya tutup je mahkamah Syariah, jika pihak yang sakit tidak mendapat hak supaya kes di tetapkan pada tarikh lain. saya tidak pasti apa yang ada dalam fikiran hakim, adakah ingin mempercepatkan kes sehingga segala peraturan diketepikan. Apa yang inign saya tegaskan sekiranya Mahkamah Syariah ingin kes cepat selesai, tak perlulah tetap bicara, terus je ditetapkan keputusan.

saya juga pelik kes seperti fasakh begitu mudah diluluskan oleh mahkamah sedangkan kes yang melibatkan keperluan separti nafkah anak, isteri, dan jagaan anak 'berakar' dalam mahkamah dan bukan main payah lagi untuk selesai. Plaintif perlu mengahdiri prosiding perbicaraan yang panjang dan perlu membawa saksi yang cukup untuk mensabitkan, tetapi dalam kes fasakh lain pula jadinya.

Apa yang saya sangat sedih, dalam keadaan sakit mata saya telah menyiapkan hujah kes itu tetapi mungkin mahkamah tidak langsung melihatnya. jika mahkamah melihatnya sudah tentu keputusan tidak dikeluarkan pada tarikh yang sama.

wasalam...

1 ulasan:

  1. salam..Ya Allah..knp spai jd camtu?? kdg sy rs mahkamah xadil...knp kes fasakh tue mdh dibuat kep sdgkan hal nafkah n hak jagaan anak nk kena tgu defendan hadir br nk wat kep?? yg jd mangsa, kaum hawa...bl agknya akan ada perubahan di mahkamah syariah??

    BalasPadam