05 Disember 2009

Ijtihad Baru Di Dalam Masyarakat

Assalamualaikum


Saya telah berjumpa dengan seorang hamba Allah s.w.t. pada beberapa minggu lalu. Apa yang menjadikan saya merasa lucu dengan pegangan umat Islam pada hari ini berkenaan dengan pegangan dengan mazhab. Saya merasa hairan sekarang ini umat Islam begitu berani berijtihad tanpa melihat layak atau tidak untuk menduduki taraf seorang mujtahid. Hamba Allah s.w.t ini berpegang dengan pegangan majoriti mazhab. Sebagai contoh dalan satu-satu hukum terdapat tiga mazhab bersepakat dan satu mazhab khilaf, lalu mengambil hukum yang menjadi sepakat tiga mazhab.


Apa yang menjadi persoalan kepada saya ialah kenapa imam mujtahid terikat dengan ijtihadnya sedangkan orang yang bertaqlid kepada mazhab boleh berbuat demikian, tidakkah ia mengambarkan bahawa kedudukan seorang muqallid lebih tinggi dari seorang mujtahid. Saya mengatakan sedemikian kerana seorang yang jahil boleh memilih hukum dari mana-mana mazhab untuk diamalkan, sedang imam mujtahid terikat dengan ijtihadnya.

Sememangnya umat Islam tidak terikat dengan mana-mana mazhab, tetapi bagi umat Islam yang bertaqlid dengan Mazhab Al-Syafie terikat dengan Mazhab Al-Syafie, begitu juga dengan mazhab lain. Perlu diingatkan juga sebelum Imam al-Syafie layak menjadi imam mujtahid, beliau terikat dengan ijtihad Imam Malik yang menjadi gurunya.

seseorang yang telah layak mencapai tahap imam mujtahid juga perlu mengambil perhatian berkenaan dengan ijtihadnya supaya tidak mengemukakan ijtihadnya kepada muqallid dari mujtahid yang lain. begitu juga dengan seorang hakim, beliau haruslah melihat pihak yang datang dihadapannya itu telah bertaqlid pada mana-mana mazhab atau tidak. ini bertujuan tidak berlaku pertindangan atau pembatalan ijtihad yang telah seseorang itu telah bertaqlid dengannya.

Pemahaman ini adalah amat penting kepada umat Islam supaya tidak sesat dalam mencari jalan menuju kepada Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan